Recent Comments

Followers

Sunday, March 16, 2014

Tajuk 10 - Ayat Bahasa Melayu

AYAT
 
Ayat ialah unit pengucapan atau tulisan paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. 

Ayat mengandungi unsur klausa, unsur frasa dan perkataan. Terdiri daripada subjek dan predikat. Subjek dan predikat ialah dua bahagian yang mesti ada dalam setiap ayat. 

Subjek ialah suatu binaan yang menjadi hal atau judul percakapan atau penulisan, manakala predikat pula ialah suatu binaan yang menerangkan perkara tersebut.

KLAUSA

Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat dan mempunyai potensi untuk menjadi ayat. Hal ini bermaksud kebiasaanya ayat tunggal terdiri daripada satu klausa. Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan keterangan biasanya terdiri daripada beberapa klausa.

Dari segi fungsi, klausa sama dengan frasa kerana berfungsi pada frasa tertentu dalam ayat. Klausa terbahagi dua, iaitu klausa utama dan klausa subordinat. Klausa utama tidak memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat, tetapi klausa subordinat, memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat.

Klausa utama dikenali juga dengan nama klausa bebas kerana diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa subordinat dikenali juga dengan nama klausa tak bebas kerana tidak ditandai intonasi yang lengkap.

Golongan klausa :

ü Klausa Nama: Klausa yang dapat menggantikan kata nama atau frasa nama dalam ayat bahawa, kata tanya, dan kata kerja.

ü Klausa adjektif: Kata penghubung yang menghubungkan dua ayat, dan fungsinya sama dengan kata adjektif.           
                
ü Klausa keterangan: Klausa yang berfungsi sebagai adverba dalam ayat kompleks, dan dapat menggantikan kata atau rasa keterangan masa, sebab, akibat, syarat, tolak ansur, dan tujuan.

FRASA

Frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau sederet perkataan. Frasa juga binaan daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih.

 Terdapat beberapa jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Setiap frasa mempunyai binaannya tersendiri.

Contoh :
Frasa
bunga
sekuntum bunga
bunga mawar
sekuntum bunga mawar






PERKATAAN

Perkataan merupakan konstituen frasa. Perkataan juga dimaksudkan sebagai bentuk bebas yang terkecil yang boleh berdiri sendiri. Berasaskan fungsi dalam aturan tatabahasa, setiap perkataan boleh tergolong kepada jenis-jenisnya. 

AYAT DASAR

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. 

Ada empat pola ayat dasar dalam bahasa Melayu, iaitu:

POLA
CONTOH AYAT
Frasa Nama + Frasa Nama
Ayah saya seorang guru.
Frasa Nama + Frasa Kerja
Ibu sedang memasak untuk makan malam.
Frasa Nama + Frasa Adjektif
Anaknya sangat manja.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
Amin ke Selangor.

AYAT TUNGGAL

Ayat tunggal disebut ayat inti atau ayat mudah mengandungi satu klausa, iaitu hanya ada satu subjek dan satu predikat. Contoh ayat tunggal adalah seperti yang berikut:

1.   Hafiz membaca majalah.
2.   Kakak Iyyad seorang guru.
3.   Kasutnya berwarna putih.

0 komen:

Post a Comment