Minggu 5 - Frasa Kerja Bahasa Melayu
Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa kerja yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Frasa kerja juga menjadi salah satu tonggak dalam binaan sintaksis. Frasa kerja binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
5.0 KANDUNGAN ISI
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Dalam susunan ayat biasa, frasa kerja berfungsi sebagai predikat.
5.1 Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu
Frasa Kerja menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.
Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya. Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat.
Contoh :
Ayat
| |
Subjek
|
Predikat Frasa Kerja
|
(1). Emak
(2). Emak Ahmad
(3). Pemuzik itu
(4). P.Ramlee
|
menjemur kain.
menjual sayur di pasar.
meniup saksofon.
mencipta lagu itu.
|
5.2 Binaan Frasa Kerja
Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut. Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya.
5.2.1 Frasa Kerja Tanpa Objek
Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat.
Contoh :
(5). Faisal tidur lena.
(6). Budak nakal itu terjatuh lagi.
(7). Dia selalu bergaduh.
Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (91) , (92) dan (93) menunjukkan kata kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang.
Contoh:
(8). Faisal tidur lena di bilik tidur.
(9). Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang.
(10). Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah.
Dalam ayat (94), (95), dan (96), kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang. Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek)
Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut.
5.3 Frasa Kerja Dengan Objek
Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek, Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut.
Contoh:
Frasa Kerja
| |
Kata Kerja Transitif
|
Penyambut
|
Menaikkan
|
bendera
|
menganyam
|
tikar
|
membaiki
|
radio
|
Contoh ayat lengkap:
(11). Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan.
(12). Ibu menganyam tikar setiap hari.
(13). Mahmud membaiki radio yang telah rosak.
Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. Dalam ayat (11), (12) dan (13), frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Dalam konteks ini , kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat. Hal yang demikian berlaku dalam proses membina sesuatu ayat.
Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat (15) hingga ayat (19).
(15). Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu.
(16).Halijah menggenggam erat tangan suaminya.
(17).Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba.
(18). Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring.
(19). Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan.
Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif.
Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat 20 – 24)
(20). Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama
(21). Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat.
(22). Datuk Aman menghasilkan produk berasaskan herba.
(23). Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang.
(24). Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan.
Catatan: kejadian’, ‘tangan’, ‘produk ’, ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah objek yang mesti hadir selepas kata kerja transitif.
0 komen:
Post a Comment