TOPIK 2 : URUTAN KATA DAN PERPINDAHAN AYAT
Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat. Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sama ada kata nama, kata kerja,adjektif atau kata sendi nama (Lutfi Abas ,1975).
Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu ayat. Sebagai contoh, terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti berikut:
(1) Ramli sangat pandai bermain skuasy.
(2) Maniam itu baik sungguh.
(3) Kek lapis itu enak sekali.
Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa. Kedudukan sesuatu perkataan atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et.al 2008). Sebagai contoh, perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah:
a) Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin)
Paulus = Paul
Mariam =Mary
vidit = melihat
Dalam hubungan tersebut, akhiran –us dan –am menentukan kata nama subjek dan kata nama objek. Oleh itu, kedudukan kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut. Sebaliknya, dalam bahasa Melayu, ayat Melihat Paul, Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut.
b) Min aina anta ? (bahasa Arab)
Min = daripada / dari
aina = mana
anta = kamu (lelaki)
Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu. Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana?
Oleh itu, perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan digunakan
credit to : http://amelan2013.blogspot.com/2013/06/kata-urutan-kata-dan-perpindahan-kata.html
RAGAM AYAT DAN JENIS AYAT
Dalam bidang sintaksis , kajadian ayat aktif dan ayat pasif tergolong dalam huraian ragam ayat. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul, manakala ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.
Ayat aktif terbahagi kepada dua :
- Ayat Aktif Transitif mengandungi kata kerja transitif (membuat/ melakukan perbuatan) diikuti oleh frasa nama sebagai objek.
- Contoh ayat aktif transitif dengan satu objek, iaitu objek tepat :
Subjek
|
Prediket
| ||
Kata kerja transitif
|
Objek ( tepat )
|
Keterangan
| |
Saya
|
menaiki
|
bas
|
ke sekolah
|
Lina
|
mengambil
|
buku
|
di dalam begnya
|
- Contoh ayat aktif transitif dengan dua objek tepat dan objek sisi:
Subjek
|
Prediket
| |||
Kata kerja transitif
|
Objek 1
( Tepat )
|
Objek 2
(Sipi )
|
Keterangan
| |
Mohari
|
menghadiahi
|
ibunya
|
kek
|
semalam.
|
Malik
|
membelikan
|
adiknya
|
selipar
|
buatan Jepun.
|
- Ayat Aktif Tak Transitif mengandungi kata kerja tak transitif ( kata kerja yang dapat berdiri sendiri tanpa memerlukan objek atau penyambut ).
- Contoh ayat aktif tak transitif tanpa pelengkap :
Subjek
|
Predikat
| |
Kata Kerja Tak Transitif
|
Pelengkap (Keterangan)
| |
Abu
|
membaca.
|
-
|
Bajunya
|
kotor.
|
-
|
AYAT PASIF:
i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat).
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.
Contoh :
- Ikan itu dipancing oleh Ali.
- Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)
- Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)
CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.
1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.
Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya.
2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut.
Ayat songsang
Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada predikat.
Pendepanan seluruh predikat.
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)
Pendepanan sebahagian daripada predikat.
(a) Pendepanan Frasa Kerja
i. Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)
ii. Pendepanan frasa kerja dengan objek.
Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)
0 komen:
Post a Comment