Recent Comments

Followers

Sunday, February 9, 2014

TOPIK 1: DEFINISI SINTAKSIS

Definisi
Sintaksis ialah bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat. Sesuatu ayat terbina daripada rentetan kata yang digabungkan dan disusun mengikut rumus atau hukum tatabahasa. Hal ini bermakna, sintaksis dapat juga diertikan sebagai bidang yang menkaji hukum atau rumus tatabahasa yang digunakan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

o   Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.
o   Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat.
o   Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.




PENGENALAN STRUKTUR BINAAN AYAT
Struktur Ayat
Struktur ayat ialah susunan kata dalam ayat bagi membentuk satu binaan. Bahasa nusantara khasnya bahasa Melayu dan Indonesia mempunyai pola subjek + predikat. Unsur yang membina subjek ialah frasa nama manakala unsur yang membina predikat ialah frasa adjektif, frasa kerja, frasa sendi nama atau frasa nama itu sendiri.

Selain subjek dan predikat, unsur lain yang dapat membina ayat ialah objek, keterangan dan pelengkap. Susunan unsurnya pula adalah dari kiri ke kanan ( sintakmatik ). Selain itu, struktur ayat boleh terdiri daripada struktur ayat biasa dan sonsang. Jika sesuatu ayat itu, mempunyai hubungan tetap, unsur-unsur yang membinanya tidak boleh diubah sesuka hati.
Contohnya:
(a) saya tidak dapat membeli baju itu.
(b) baju itu membeli saya tidak dapat.

Ayat tersebut mengandungi unsur-unsur kata saya, tidak, dapat, membeli, baju, dan itu. Unsur-unsur tersebut mempunyai hubungan tetap dan urutannya sukar untuk diubah. Jika diubah, ayat tersebut menyalahi aturan atau struktur ayat bahasa Melayu seperti ayat ( b ).



PEMBAHAGIAN SUBJEK DAN PREDIKAT

Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.

Predikat merupakan kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.
Contoh ayat;
·         Petani itu membajak sawahnya setiap hari.
o   Subjek             : Petani itu
o   Predikat           : membajak sawahnya setiap hari

·         Samsul menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.
o   Subjek             : Samsul
o   Predikat           : menjawat jawatan baharu di syarikat ayahnya.

·         Anak Pak Hashim yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.
o   Subjek             : Anak Pak Hashim yang tampan itu
o   Predikat           : menjadi guru sementara di Sekolah Kebangsaan Langgar.

·         Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok.

o   Subjek             : Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Badrul
o   Predikat           : terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok

Pembahagian atau pemenggalan kepada frasa subjek dan predikat bagi sesuatu ayat tidak boleh dilakukan tanpa peraturan. Dalam ayat (a) di atas, unsur itu membajak, misalnya tidak boleh digabungkan untuk menjadi binaan sebab bentuk itu dan membajak termasuk ke dalam kelompok unsur berasingan. Oleh itu, ayat (a) tidak mungkin boleh dipenggal dengan memisahkan petani sahaja sebagai frasa subjek, dan itu membajak sawahnya setiap hari sebagai frasa predikat.

OPIK 1: AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN

AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan 
  • Perhatikan ayat berikut:

Pelajar itu membaca buku.

  • Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku).
  • Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.
  • Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:


Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)

Pola Ayat Dasar
  • Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri.
  • Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS)
  • Lihat contoh berikut:
Subjek AyatPredikat AyatFrasa SubjekFrasa PredikatRumus Pola Ayat
Jamilahpengurus sumber manusiaFrasa NamaFrasa NamaFN+FN
Atanbudak pandaiFrasa NamaFrasa AdjektifFN+FA

Frasa
  • Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
  • Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
  • Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS
  • Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.


Binaan Ayat
  • Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur.
  • Perhatikan contoh di bawah:

SubjekSubjek
Bah. AyatUnsurBah. AyatUnsur
Ah Tianguru senaman
Tipahmembeli gula
Suara ketua pengawas ituserak-serak basah
Munainadymenoreh getah

  • Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan 
  • Perhatikan ayat berikut:

Pelajar itu membaca buku.

  • Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku).
  • Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.
  • Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:


Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)

Pola Ayat Dasar
  • Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri.
  • Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS)
  • Lihat contoh berikut:
Subjek AyatPredikat AyatFrasa SubjekFrasa PredikatRumus Pola Ayat
Jamilahpengurus sumber manusiaFrasa NamaFrasa NamaFN+FN
Atanbudak pandaiFrasa NamaFrasa AdjektifFN+FA


Frasa Nama  


Ingat, frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau atau beberapa perkataan.
Jika terdiri daripada beberapa perkataan maka inti frasa hendaklah kata nama.
Contoh:
Bas awam
Basikal adik
Basikal Raleigh
Contoh di atas, inti frasa ialah bas dan basikal.
Kata yang menyusul ialah penerang frasa.

Rumus Frasa Nama (FN)

Kata yang diterangkan, atau inti frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau penerang hadir kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum D-M, yakni hukum Diterangkan - Menerangkan. Contohnya - pisang goreng
Sungguhpun begitu, umumnya susunan unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan ordinal.
 Perhatikan contoh-contoh kekecualian berikut:

Frasa Nama
Nota
Penerang
Inti
Perdana
Menteri
Penerang nama jawatan
Tuan
Ahmad
Penerang gelaran/panggilan
Timbalan
Menteri Pelancongan
Penerang nama jawatan
Frasa Nama
Nota
Bilangan
Penjodoh bilangan
inti
Lapan
bilah
pedang
Penerang kata bilangan dan penjodoh bilangan
Semua
-
murid
Penerang kata bilangan
Enam
ekor
buaya
Kata bilangan dan penjodoh bilangan
Selain daripada susunan unsur mengikut hukum D-M, penerang adjektif yang menerangkan inti frasa hendaklah hadir sesudah inti frasa dn diikuti oleh penerang lain dan diakhiri oleh penentu belakang.
 Contoh:
Inti
Penerang Adjektif
Penerang Kata Nama/Frasa Nama
Penentu belakang
Kereta
berkilat
ayah
itu
Frasa Kerja (FK)

1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya.
2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.
3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif.
4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja)
Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:


Frasa kerja
Frasa Kerja TransitifFrasa Kerja Tak Transitif
(i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (penerangan) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkapFrasa kerja tak transitif berpelengap
(i) (kata bantu) + kata kerja + (keterangan) Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
(ii) (kata bantu) + kata kerja + (penerang) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(kata bantu) + kata kerja + pelengkap + (penerang) + keterangan tanda kurung menunjukkan unrus yang boleh ada atau tiada.

contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
SubjekPredikatNota
Frasa NamaFrasa kerja
Kata bantuKata kerjaKeterangan
Lelaki itusedangmakandi atas meja.maksud ayat lengkap jika keterangan dibuang.
Cikgumasihmenulisdi papan hitam.
bayi itusedangmerangkakdengan laju.
Jamalakandatangesok
Khatibsedangberkhutbahdi surau

contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap
SubjekPredikat
Nota
Frasa nama
Frasa kerja
Kata bantuKata kerjapelengkapPenerangketerangan
Merekaakanpulangke rumahsecepat mungkindalam minggu inipelengkap frasa sendi nama
Ahmadinginmenjadipenyanyiyang terkenaldi negara inipelengkap kata nama
Sayatinggaldi KlangPelengkap frasa sendi nama
Frasa Adjektif
Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat.
Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN.
Contoh:
SubjekPredikatNota
Penguat hadapanKata AdjektifPenguat Belakang
Ahli Gusti itusungguhhandal
Alisangatpandai
Awakhebatbetul

Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama.
Frasa ini boleh didahului oleh kata bantu
Oleh kerana sifatnya eksosentrik,  ia hanya wujud bersama frasa nama.
Contoh:
SubjekPredikat
Frasa sendi nama
Kata bantuKata sendi namaKata arahFrasa nama
Aliasdariarah selatanTanjung Malim
Rombongan sekolahakankeMenara Kuala Lumpur
Kedai Pak Abudidepanmasjid

Klausa

Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa.
Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsure utama yang wajib untuk status ayat.
Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa bebas.
Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan denan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau dituli. Perhatikan contoh berikut:
KlausaAyat
SubjekPredikatSubjekPredikat
budak itumendengar radioBudak itumendengar radio
ujian tadiamat susahUjian tadiamat susah
jambatan itujambatan kayuJambatan itujambatan kayu
merekake pantaiMerekake pantai

Perbezaan ayat dengan klausa bebas amat kecil sekali.
Ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan nokhta, manakala klausa tidak.

Klausa Tak Bebas
 Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dean klausa bebas, yakni ia terdiri daripada unsur subjek dan predikat.
Ciri utamanya ialah ia didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya.
Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.


Ahmad gagal kerana dia tidak membaca soalan denganteliti terlebih dahulu.
Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga.
Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya.
Kalau hujan turun berlarutanpenoreh getah akan menghadapi masalah kewangan.

Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancanan dan ayat campuran.
Ini kerana ayat-ayat ini mempunayi dua atau lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak bebas.
Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentu ayat dalam bahasa Melayu.









0 komen:

Post a Comment