Recent Comments

Followers

Sunday, March 16, 2014

TAJUK 9 ( Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu )

FRASA SENDI NAMA 

 BINAAN FRASA SENDI NAMA

 Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut : 

   i.        Kata sendi nama + frasa nama

-      Kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan sesuatu frasa nama.
Kata sendi nama
Frasa nama
daripada
tanah
sejak
dulu
tentang
sejarah

  ii.        Kata sendi nama + kata arah + frasa nama

-      Kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama yang didahului oleh kata arah.
Kata sendi nama
Frasa nama
Kata arah
Frasa nama
di
selatan
tanah air
ke
atas
kerusi
dari
luar
kedai

    
 iii.        Kata sendi nama + frasa nama + frasa keterangan

-      Frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti keterangan, sebagai unsur frasa pilihan.
Kata sendi nama
Frasa nama
Frasa nama
Frasa keterangan
ke
Selangor
minggu hadapan
dengan
kaum
pelbagai budaya
dalam
kemalangan
di jalan lama itu

    
iv.        Kata sendi nama + kata arah + frasa nama + frasa keterangan                          

-      Kata sendi nama diikuti oleh kata arah, frasa nama dan frasa keterangan.
Kata sendi nama
Kata arah
Frasa nama
Frasa nama keterangan
dari
barat
sekolah
dengan tiba-tiba
di
atas
hukuman
pihak makhamah
pada
hujung
bulan
demi keperluan ibunya

KEDUDUKAN FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

1)   Predikat frasa sendi nama

Predikat ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan biasa.

Contoh :
a)   Pelancong itu dari Kanada.
b)  Abang iparnya daripada kerabat diraja.
c)  Bilik persalinan itu untuk kaum wanita sahaja.

Frasa sendi nama sebagai keterangan

Hal ini wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama.

Ø Keterangan frasa kerja

·        Adik ke sekolah dengan ibu. (penyertaan)
·        Pengantin itu jelita seperti permaisuri. (bandingan)
·        Bas bertolak pada pukul lapan malam. (masa)

Ø Keterangan frasa adjektif

·        Kakak pandai dalam bidang masakan. (hal)
·        Keluarga itu tenang pada akhirnya. (masa)
·        Sekolah harus bersih untuk keselesaan murid dan guru.(tujuan)

Ø Keterangan frasa nama

·        Kain daripada songket mahal harganya. (asal)
·        Perbelanjaan di ibu kota sangat tinggi. (tempat)
·        Ahmad sudah bersedia untuk peperiksaan. (tujuan)

  PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA SECARA UMUM

Penggunaan frasa sendi nama dalam ayat, dua kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, dan tetapi. Contoh:

1. Pelancong itu datang dari dalam dan dari luar negara.

2. Kereta itu menuju ke kiri atau ke kanan jalan.

3. Qurnia bukan ke Kedah tetapi ke Pulau Pinang.

4. Lukisan itu dilukis oleh Suliana atau oleh Athirah.

0 komen:

Post a Comment