Terima Kasih Malaysia

Di sini kecemerlangan pelajar bermula.

Institut Pendidikan Guru

Pengeluar arkitek generasi hadapan

Pendeta Za'ba

Tanpa beliau, mana mungkin kita tahu apa itu sintaksis.

Nik Safiah Karim

Srikandi Bahasa Melayu.

Katanya P.Ramlee

Bahasa jiwa bangsa. dengan bahasa Melayu akan terus mekar

Recent Comments

Followers

Sunday, March 16, 2014

Tajuk 10 - Ayat Bahasa Melayu

AYAT
 
Ayat ialah unit pengucapan atau tulisan paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. 

Ayat mengandungi unsur klausa, unsur frasa dan perkataan. Terdiri daripada subjek dan predikat. Subjek dan predikat ialah dua bahagian yang mesti ada dalam setiap ayat. 

Subjek ialah suatu binaan yang menjadi hal atau judul percakapan atau penulisan, manakala predikat pula ialah suatu binaan yang menerangkan perkara tersebut.

KLAUSA

Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat dan mempunyai potensi untuk menjadi ayat. Hal ini bermaksud kebiasaanya ayat tunggal terdiri daripada satu klausa. Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan keterangan biasanya terdiri daripada beberapa klausa.

Dari segi fungsi, klausa sama dengan frasa kerana berfungsi pada frasa tertentu dalam ayat. Klausa terbahagi dua, iaitu klausa utama dan klausa subordinat. Klausa utama tidak memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat, tetapi klausa subordinat, memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat.

Klausa utama dikenali juga dengan nama klausa bebas kerana diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa subordinat dikenali juga dengan nama klausa tak bebas kerana tidak ditandai intonasi yang lengkap.

Golongan klausa :

ü Klausa Nama: Klausa yang dapat menggantikan kata nama atau frasa nama dalam ayat bahawa, kata tanya, dan kata kerja.

ü Klausa adjektif: Kata penghubung yang menghubungkan dua ayat, dan fungsinya sama dengan kata adjektif.           
                
ü Klausa keterangan: Klausa yang berfungsi sebagai adverba dalam ayat kompleks, dan dapat menggantikan kata atau rasa keterangan masa, sebab, akibat, syarat, tolak ansur, dan tujuan.

FRASA

Frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau sederet perkataan. Frasa juga binaan daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih.

 Terdapat beberapa jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Setiap frasa mempunyai binaannya tersendiri.

Contoh :
Frasa
bunga
sekuntum bunga
bunga mawar
sekuntum bunga mawar






PERKATAAN

Perkataan merupakan konstituen frasa. Perkataan juga dimaksudkan sebagai bentuk bebas yang terkecil yang boleh berdiri sendiri. Berasaskan fungsi dalam aturan tatabahasa, setiap perkataan boleh tergolong kepada jenis-jenisnya. 

AYAT DASAR

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. 

Ada empat pola ayat dasar dalam bahasa Melayu, iaitu:

POLA
CONTOH AYAT
Frasa Nama + Frasa Nama
Ayah saya seorang guru.
Frasa Nama + Frasa Kerja
Ibu sedang memasak untuk makan malam.
Frasa Nama + Frasa Adjektif
Anaknya sangat manja.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
Amin ke Selangor.

AYAT TUNGGAL

Ayat tunggal disebut ayat inti atau ayat mudah mengandungi satu klausa, iaitu hanya ada satu subjek dan satu predikat. Contoh ayat tunggal adalah seperti yang berikut:

1.   Hafiz membaca majalah.
2.   Kakak Iyyad seorang guru.
3.   Kasutnya berwarna putih.

TAJUK 9 ( Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu )

FRASA SENDI NAMA 

 BINAAN FRASA SENDI NAMA

 Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut : 

   i.        Kata sendi nama + frasa nama

-      Kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan sesuatu frasa nama.
Kata sendi nama
Frasa nama
daripada
tanah
sejak
dulu
tentang
sejarah

  ii.        Kata sendi nama + kata arah + frasa nama

-      Kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama yang didahului oleh kata arah.
Kata sendi nama
Frasa nama
Kata arah
Frasa nama
di
selatan
tanah air
ke
atas
kerusi
dari
luar
kedai

    
 iii.        Kata sendi nama + frasa nama + frasa keterangan

-      Frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti keterangan, sebagai unsur frasa pilihan.
Kata sendi nama
Frasa nama
Frasa nama
Frasa keterangan
ke
Selangor
minggu hadapan
dengan
kaum
pelbagai budaya
dalam
kemalangan
di jalan lama itu

    
iv.        Kata sendi nama + kata arah + frasa nama + frasa keterangan                          

-      Kata sendi nama diikuti oleh kata arah, frasa nama dan frasa keterangan.
Kata sendi nama
Kata arah
Frasa nama
Frasa nama keterangan
dari
barat
sekolah
dengan tiba-tiba
di
atas
hukuman
pihak makhamah
pada
hujung
bulan
demi keperluan ibunya

KEDUDUKAN FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

1)   Predikat frasa sendi nama

Predikat ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai susunan biasa.

Contoh :
a)   Pelancong itu dari Kanada.
b)  Abang iparnya daripada kerabat diraja.
c)  Bilik persalinan itu untuk kaum wanita sahaja.

Frasa sendi nama sebagai keterangan

Hal ini wujud sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama.

Ø Keterangan frasa kerja

·        Adik ke sekolah dengan ibu. (penyertaan)
·        Pengantin itu jelita seperti permaisuri. (bandingan)
·        Bas bertolak pada pukul lapan malam. (masa)

Ø Keterangan frasa adjektif

·        Kakak pandai dalam bidang masakan. (hal)
·        Keluarga itu tenang pada akhirnya. (masa)
·        Sekolah harus bersih untuk keselesaan murid dan guru.(tujuan)

Ø Keterangan frasa nama

·        Kain daripada songket mahal harganya. (asal)
·        Perbelanjaan di ibu kota sangat tinggi. (tempat)
·        Ahmad sudah bersedia untuk peperiksaan. (tujuan)

  PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA SECARA UMUM

Penggunaan frasa sendi nama dalam ayat, dua kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, dan tetapi. Contoh:

1. Pelancong itu datang dari dalam dan dari luar negara.

2. Kereta itu menuju ke kiri atau ke kanan jalan.

3. Qurnia bukan ke Kedah tetapi ke Pulau Pinang.

4. Lukisan itu dilukis oleh Suliana atau oleh Athirah.

Minggu 8

SUSUNAN FRASA ADJEKTIF DALAM AYAT

Terdapat tiga jenis kedudukan frasa adjektif dalam ayat susunan biasa :
                     i.        Selepas subjek sebagai predikat
                    ii.        Selepas frasa kerja sebagai keterangan
                   iii.        Selepas frasa nama sebagai penerang

Frasa Adjektif sebagai predikat   

-                   Hadir selepas subjek.
Subjek
Predikat
Cawan itu
berisi kopi.
Kami
bermain bola.

Frasa Adjektif sebagai keterangan

-                 Hadir selepas frasa kerja, iaitu menjadi keterangan.
Subjek
Predikat
Frasa kerja
Keterangan (Frasa Adjektif)
Keluarganya
hidup
sangat tenang.
Kereta
dipandu
amat laju.

Frasa Adjektif sebagai penerang

-           Hadir sebagai penerang kepada kata nama
Frasa nama
Kata nama
Penerang (kata adjektif)
Budak
kecil
Kawasan
rendah
Topi
merah

FRASA ADJEKTIF DENGAN AYAT KOMPLEMEN

-      Frasa adjektif sebagai predikat dapat diikuti oleh ayat komplemnen, menjadikan ayat yang terhasil itu ayat majmuk. 

Ayat induk dengan frasa adjektif
Ayat komplemen
Dia cukup malu
bahawa anaknya ditahan oleh pihak polis.
Maria agak kecewa
bahawa dia gagal dalam temuduga.

Sunday, February 9, 2014

Minggu 7 - Frasa Adjektif Bahasa Melayu

Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya.  Hal yang demikian membuktikan bahawa  kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.
Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut sebagai keterangan. Sementara, kata adjektif  yang hadir selepas kata nama disebut sebagai penerang. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan binaan frasa,  kata penguat dan  kata bantu dalam frasa. Selain itu, unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa adjektif  bahasa Melayu ini.


 Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif    berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu  terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif berfungsi sebagai predikat.


7.1       Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif
Frasa adjektif   ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif  sebagai unsur intinya. Frasa adjektif  bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.
Contoh :
(1) . Wak Samad   sudah terlalu tua
Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.
Dalam binaan predikat,  [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur  berikut :
[kata bantu  + penguat + kata adjektif]
 Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah:
Kata Bantu
Penguat
Kata Adjektif
Penguat
sudah
-
belum
masih
-
terlalu
sangat
-
terlalu
amat
tua
prihatin
masak
awal
baik
-
-
benar
-
-


Dalam contoh-contoh di atas, kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat hadapan mendahului kata adjektif. Namun, penguat juga boleh hadir sama ada di belakang atau di belakang  kata adjektif. Bentuk sedemikian boleh berubah-ubah berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan.


7.1.1 Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan
Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat.
Contoh:
  (2) . Salim  sangat  rajin.
  (3) . Guru pelatih itu  cergas
  (4) . Dia kelihatan  ceria.
  (5) . Penglihatannya  kabur.
  (6) . Tanamannya  subur.

7.1.2 Binaan Kata Adjektif Dua  Perkataan
Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan dua  kata adjektif dalam ayat
Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut:
(i)  kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna)
contoh :
letih lesu
cantik molek
lemak manis
penat lelah
(i)  kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan)
contoh:
jatuh bangun
hidup mati
baik buruk
susah senang
pahit maung





7.2 Penguat
  • Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif  berdasarkan jenis-jenisnya. Terdapat tiga jenis penguat:
(i)   Penguat hadapan
(ii)  Penguat belakang
(iii) Penguat bebas
  • Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif.
Penguat hadapan  terdiri daripada kata terlalu dan paling.
 Contoh:
(7) . Rumahnya  terlalu besar.
(8) . Lukisan  itu  paling cantik.
  • Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif sepertisekali, benar, nian
(9) . Pakaian puteri itu   cantik sekali.
(10) .  Kereta lembu itu lambat benar.
(11) .  Taman Bunga di istana itu indah nian.
  • Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat dan sungguh.
(12) .  Kubah masjid itu  amat besar.
(13) .  Gerakan dan gaya  pesilat Malaysia tangkas sungguh.
Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa adjektif. Contoh : sungguh amat, terlalu amat, seperti dalam ayat-ayat berikut:
(14).  Percakapan  orang tua itu sungguh amat  kasar .
(15).  Perangai  anaknya terlalu amat sopan.





7.3 Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif
Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantusudah, belum, masih, harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat.
Contoh: 
(16).  Anaknya sudah besar.
(17).  Sayur-sayuran  dikebun itu  masih belum subur.
(18).  Pekerja yang berkualiti  harus  cekap.
Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat, misalnya: masih amat jauh, belum terlalu lewat, belum sangat cekap, sungguh masih muda, sungguh telah pandai
Contoh:
(19).  Kedudukan khemah  itu   masih amat jauh.
(20).  Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat.
(21).  Pekerja baru itu   belum sangat   cekap.
(22).  Anak sulungnya itu   sungguh masih   muda.
(23).  Pelajar kelas  peralihan itu sungguh telah   pandai.