Recent Comments

Followers

Tuesday, January 7, 2014

Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Dalam bahasa yang mudah, klausa merupakan ayat yang membentuk ayat. Sebelum kata itu menjadi ayat yang lengkap, setiap kata hendaklah melalui proses-proses yang tertentu dan klausa merupakan salah satu daripada proses tersebut. Klausa terbahagi kepada dua iaitu Klausa bebas dan Klausa tidak bebas.

1. KLAUSA BEBAS : Klausa yang dapat berdiri dengan sendiri dan boleh menjadi satu ayat yang lengkap. Sebagai contoh :- ahmad solehin menari

2. KLAUSA TIDAK BEBAS : Klausa yang tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan tidak jelas maksudnya.
Sebagai contoh :- kerana lapar. Klausa sebenar, rambo makan kerana lapar.

0 komen:

Post a Comment